Tuesday 15 September 2015

Rezeki Wanita Mengandung

Baca perkongsian menarik dari penulis buku Aku Dia & Rezeki.

Rezeki wanita mengandung.
.
.

Usai beratur dan membeli tiket. Saya terus masuk ke bahagian platform menunggu, di Stesen Shah Alam.
Kelihatan sebuah kerusi kosong disebelah seorang wanita. Sebelum duduk saya senyum ke arahnya. Dan wanita itu membalas senyum.
Kelihatan dia sedang mengandung. Dan dalam masa yang sama menjaga dua orang anak yang masih kecil.
Datang 2 orang remaja lelaki. Sambil menyerahkan tiket kepadanya. "Terima kasih ya dik ... Allahu Akbar." wanita itu mengucapkan penghargaan kepada dua remaja itu.
Dan dua remaja itu terus berlalu.
Tidak sampai 5 minit. Tren komuter tiba. Kami naik bersama-sama menuju ke arah Pelabuhan Klang.
Di atas tren. Saya sempat bergurau dengan anaknya yang masih kecil.
Sekali lagi kami duduk bersebelahan. "Puan nak kemana?"
"Teluk Gadong." jawabnya ringkas.
"Oh, saya pun nak turun di stesen tu." saya membalas tanpa diminta.
Selepas itu kami langsung tidak berbual. Hanya sesekali saya mengusik dengan memegang tangan anaknya yang kecil, kelihatan tak boleh duduk diam.
Setibanya di Stesen Telok Gadong. Kami turun bersama penumpang lain.
Sebaik tiba di pintu pemeriksaan tiket. Seorang lelaki tiba dan menyerahkan beg beroda kepada wanita itu.
"Terima kasih ya encik." ucap wanita itu.
Sekali lagi saya terkeliru. Saya sangkakan lelaki yang mendekati wanita itu sambil berbual adalah suaminya atau adik-beradiknya.
Wanita itu tunggu di dalam stesen bersama anak-anaknya. Dan lelaki itu terus naik tangga bersama saya.
Sewaktu menaiki tangga. Saya sekadar bertanya kepada lelaki itu. "Saya ingat wanita itu isteri tuan."
"Oh tak, saya kasihan tengok dia terseret-seret beg tu, bawa anak pula." lelaki budiman itu menjawab jujur.
"Oooo ..." itu sahaja yang saya mampu jawab, sambil memandang ke bawah, memerhati wanita itu yang sedang menunggu seseorang.
.
.
.




Buku Aku Dia & Rezeki
Ada 178 kisah menarik di dalamnya
RM25 + RM7 postage semenanjung

No comments:

Post a Comment